Nicky Liow bukan ahli PKR. Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Nicky Liow tampil
membuat kenyataan media susulan gambar dia memakai baju AMK dan bergambar
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim tular.
Dalam kenyataan media tersebut Nicky menjelaskan dia hadir
ke majlis tersebut atas jemputan bagi program mengumpul dana amal berkaitan
PKR.
Selepas memberi sumbangan, dia diberikan baju tersebut dan
memakainya. Kebetulan selepas itu dapat bergambar dengan Anwar.
Gambar yang tular itu adalah gambar tulen, bukan AI, bukan
edit dirakam pada 24 Julai 2026 di PJ Civic Hall, Selangor.
Banyak serangan terhadap PKR dan Anwar setelah tularnya
gambar itu kerana Nicky Liow terpalit dengan banyak isu jenayah sebelum ini.
Mengambil tanggungjawab untuk meredakan keadaan, Nicky
tampil bersama peguamnya untuk buat sidang media pada 29 Julai 2026 bagi
menjelaskan situasi sebenar.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh
berkata, semakan segera telah diarahkan terhadap Sistem Keanggotaan Keadilan
susulan penyebaran gambar dan hantaran di media sosial yang mengaitkan individu
berkenaan dengan parti tersebut.
"Hasil semakan mengesahkan bahawa Liow Soon Hee tiada
dalam rekod keanggotaan Keadilan. Semakan juga mendapati beliau tidak pernah
mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota Keadilan," katanya dalam
kenyataan pada 26 Julai 2026.

No comments:
Post a Comment