Buah
durian belanda atau durian selat dan durian sayur mendapat permintaan tinggi sehingga
sukar diperoleh. Jadi, jom tanam sendiri pokok durian selat. Banyak informasi
mengenai durian belanda dan khasiatnya yang telah mengangkatnya sebagai satu
jenis tanaman berpotensi tinggi untuk diusahakan.
Menanam
pokok durian belanda memerlukan anakbenih berkualiti. Anak benih disemai di dalam
polibag. Apabila ketinggiannya mencecah satu kaki hingga 2 kaki (usia dua hingga
3 bulan), ia dipindahkan di tempat penanaman kekal.
Penanaman
durian belanda atau di Indonesia dikenali sirsak memerlukan jenis tanah subur
yang mempunyai sistem saliran baik. Tanah perlu disediakan dengan memilih
kawasan yang tidak bertakung air kerana pokok durian belanda amat sensitif
dengan air bergenang dalam tanah.
Kalau
tanah tersebut mempunyai paras air tinggi dalam tanah juga perlu dielakkan. Ini
kerana jika akar tunjang durian belanda mencecah paras air dalam tanah maka ia
akan mula mati pucuk dan timbul masaalah lain.
Untuk
menanam anak benih, gali lubang dengan ukuran 50cm x50 cm x 50 cm di mana
setiap lubang diberi baja organik dan CIRP dengan kadar kira-kira 10 kilogram kemudian
dicampur dengan tanah.
Penanaman
sebaiknya dilakukan di awal musim hujan untuk membantu tumbesaran yang baik. Jika
ditanam pada musim panas, ia perlu disiram minimun dua hari sekali.
Pembajaan
dilakukan dengan memberikan baja dengan kadar yang mencukupi. Pemberian
baja sebatian NPK kali pertama adalah berupa NPK dengan kadar 1.0 kg sepokok
dengan cara dicampurkan pada media tanam. Kemudian apabila pokok berumur 4
- 8 bulan setelah ditanam diberikan kadar sama dengan dengan menabur di sekeliling
pokok iaitu sekitar 30 cm dari pangkal pokok. Selepas membaja juga disyorkan
menutup tanah dan disiram dengan air.
Jika
dijaga rapi dan mendapat baja yang secukupnya, pokok durian belanda akan mula berbunga
selepas setahun penanaman. Proses pendebungaan bagi pokok durian belanda amat penting
dalam penghasilan buah.
Buah
durian belanda lazimnya tidak mempunyai bentuk yang seragam. Buah yang
terbentuk lengkap selalunya membunyai bentuk seperti hati dan bulat penuh.
Bagaimana pun selalu dijumpai di mana buahnya bengkok atau berlekok. Memetik
buah durian belanda selalu dilakukan apabila buah sudah betul-betul tua.
Buah
durian belanda yang selalu dianggap tua dapat dilihat apabila kelihatan durinya
sudah saling berjauhan dan warna kulit buah yang asalnya selalu berwarna hijau
berkilat berubah menjadi hijau kekuningan.
Pokok
durian selat boleh mengeluarkan hasil sehingga lebih dari 20 tahun.
No comments:
Post a Comment