Sunday 26 June 2022

DERMA MEMBINA MASJID MUKIM PULAU KUNDUR

Masjid Mukim Pulau Kundur, Kota Bharu perlu dibina baharu bagi menampung pertambahan ahli jemaah. Bangunan baharu itu bagi menggantikan binaan lama yang telah dibina semenjak lebih 50 tahun dahulu. 
 
Selain penduduk mukim berkenaan, masjid tersebut turut dikunjungi oleh pengunjung yang berkelah di Pantai Kundur yang semakin terkenal. 
 
Anggaran kos pembinaan Masjid Mukim Pulau Kundur ialah sebanyak RM4 juta. 
 
Justeru, sumbangan orang ramai adalah diharapkan bagi menyiapkan pembinaan yang telah dimulakan sejak Jun 2022. 
 
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BIMB 03036010059169 Badan Masjid Mukim Pulau Kundur. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Dr Wan Hilmi Wan Abdullah UKM 0139616312 atau Ustaz Zainudin Mat Yaacob (Imam Tua) 0129286138.

Hidup kita ini tidak lama untuk dinikmati. Masa yang ada, adalah peluang yang berbaki untuk dimanfaatkan.

Penuhilah dengan berbuat amal, kebaikan dan berbakti untuk keluarga, agama dan nusa tercinta.

 

No comments:

Post a Comment