Kemudahan awam untuk manfaat bersama.
Kemudahan awam seperti jalan raya dibina oleh kerajaan melalui agensi tertentu.
Jalan raya, seperti juga kemudahan awam terdedah
kepada kerosakan. Biasanya kerosakan bermula dalam skala yang kecil.
Seperti api, jika dibiarkan akan bertukar
menjadi besar sehingga semuanya rosak. Jadi, kerosakan kecil perlu dibaiki
segera.
Lopak atau lubang kecil perlu dibaiki segera. Jika dibiarkan, yang kecil akan bertambah besar. Boleh membahayakan pengguna jalan tersebut, terutama ketika hari hujan.
Secara konsepnya, kerosakan itu perlu dibaiki
oleh pihak yang bertanggungjawab mengurusnya. Namun, tidak pula bermakna pihak lain
perlu lepas tangan.
Kalau jalan yang rosak itu boleh dibaiki
secara individu, baikilah ia. Atau komuniti setempat boleh bertindak
melakukannya.
Di sinilah peranan penghulu atau ketua
kampung. Bertindak segera sebelum ia menjadi lebih teruk.
No comments:
Post a Comment