Monday, 26 February 2024

UBUR-UBUR ADA RIBUAN SEL PENYENGAT

 
Jika anda berkunjung ke pantai, lebih baik berwaspada dan sama sekali tidak menyentuh ubur-ubur beracun yang dikenali sebagai portuguese man o' war  atau nama saintifiknya physalia cnidaria.
 
Hidupan laut dalam spesies ubur-ubur yang dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.
 
Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama ubur-ubur di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.
 
Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan.
 
Sehubungan itu, orang ramai supaya menjauhkan diri, tidak menyentuh atau berenang di kawasan yang terdapat spesies tersebut.
 
Setakat ini tiada antivenom untuk merawat bisa yang disebabkan sengatan physalia. Rawatan yang ada adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom.
 
Mangsa terkenal sengatan ubur-ubur akan mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan dan gejala muntah akibat sengatan tersebut.
 
Sekiranya disengat ubur-ubur yang tidak diketahui spesiesnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air panas dengan julat suhu 45 darjah Celsius selama 30 minit untuk melegakan kesakitan dan segera mengunjungi fasiliti kesihatan berhampiran.

No comments:

Post a Comment