Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Negeri Kelantan, Dr Seri Buana bin Zainudin dipilih menduduki senarai
Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan sebagai Naib Pengerusi bagi
tempoh tiga tahun iaitu Penggal 2024-2027.
Buana
terpilih melalui pemilihan yang diadakan di Dewan Perdana, Ibu Pejabat BSMM pada
23 November 2024.
Pada
pemilihan tersebut, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan, Dr
S. Selva Jothi sebagai Timbalan Pengerusi.
Manakala
untuk jawatan Naib Pengerusi, selain Buana tiga lagi yang terpilih ialah Datuk
Seri Suhaimi Yacob, Prof Madya Dr Abdul Ali Raja Mohamed, dan Datuk Mohd
Rashidi Mohd Nor
Untuk jawatan
Setiausaha Agung, disandang oleh Hakim Hamzah dan Bendahari pula M. Palany a/l
Murugayah.
Manakala
lapan jawatankuasa yang berjaya dipilih ialah Datuk Dr Mohamed alwi bin Abdul
Rahman, Badrol Hisham bin Zaki, Christine Mungge, Chong Yong Seen, Datuk Wira
Shahrul Azuwar bin Abd Aziz, Dr Lee Yew Fong, Hishamuddin bin Abdul Rahman dan
Syamil Fahim bin Mohamed Fahim.
Bagi pemilihan
Jawatankuasa BSMM Peringkat Belia Kebangsaan yang diadakan pada 16 November
2024, Norsyarmimi Che Lah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan
BSMM yang baharu bagi sesi 2024-2027, menggantikan Michelle Chew Shi Jie.
Naib
Pengerusi pula disandang Chong Cheng Yang manakala Elaine Tan Hwa Yoke dan
Muhammad Ayisy Baharudin masing-masing dilantik sebagai Setiausaha dan
Bendahari bagi Penggal 2024-2027.
No comments:
Post a Comment