Umat Islam dilarang menyertai atau mengamalkan upacara
ritual agama lain. Walau bagaimanapun, Islam mengharuskan kehadiran ke majlis
sosial perayaan (seperti rumah terbuka) selagi tiada kompromi akidah,
pembabitan dalam upacara keagamaan, atau unsur yang menyerupai pemujaan.
Fatwa atau garis panduan keterlibatan penganut Islam menyertai ritual agama
lain yang disediakan pihak berkuasa gama sangat membantu untuk mengurangkan
salah faham penyertaan umat Islam hadir di majlis perayaan bukan Islam.
Ia bukan sahaja menjadi panduan kepada penganut Islam agar
tidak melakukan perkara ditegah agama, ia turut menjadi pengetahuan kepada
bukan Islam tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan rakan beragama
Islam.
Dengan adanya, garis panduan itu, kedua-dua pihak, yang menjemput dan yang
dijemput, harus saling faham akan perbezaan di antara ‘menghadiri’ dengan
‘menyertai ritual’.
Tuan rumah yang menjemput tetamu mereka (yang berbeza agama pasti
tidak bermaksud untuk tetamu menyertai mana-mana ritual. Pastinya tiada
terlintas di fikiran untuk memperdaya, apatah lagi untuk memaksa.
Semoga kita semua dapat menggunakan segala kewarasan untuk berfikir, bercakap
dan bertindak dengan sebaik mungkin bagi mengekalkan keharmonian dia antara
kaum dan penganut agama yang berbeza.
Cubalah belajar untuk mengetahi secara asas berkaitan perbezaan di antara
ritual agama dengan acara budaya setiap bangsa dan agama.
Sikap pemimpin politik dan ahli agama yang ekstrem
menyebarkan propaganda yang menyebabkan timbul perasaan “ragu-ragu” dalam
hubungan kaum.
Selain itu, perubahan corak pergaulan di sekolah dan tempat kerja, pola tempat
tinggal dan bahasa perhubungan yang berbeza ketika ini telah mengurangkan
keakraban tersebut. Kesannya perjudis bertambah. Salah faham sering berlaku.

No comments:
Post a Comment