Friday, 25 September 2026

INDIVIDU DI SEBALIK KEJAYAAN SEPAK TAKRAW

 
Individu di sebalik kejayaan skuad sepek takraw. Skuad sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan penantian selama 36 tahun, untuk kembali meraih pingat emas acara regu berpasukan lelaki setelah menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, pada 25 September 2026.

Sejarah dilakar di Paloma Mizuho Arena itu menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian sama pernah diraih pada Sukan Asia 1990 di Beijing, yang turut menyaksikan skuad negara menewaskan musuh tradisi itu.

Di sebalik kejayaan itu sudah pasti ada individu yang menjadi perancang dan pelaksana utama, selain daripada pemain yang terlibat. Beliau adalah ketua jurulatih pasukan sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun.

Beliau mempunyai sejarah yang menarik dalam penglibatan sukan sepak takraw negara sebagai pemain dan jurulatih.

Pada Sukan Asia Kali Ke-11 1990 di Beijing, China, Ahmad menang pingat emas sebagai pemain. Tahun tersebut dikira sebagai permulaan kemarau pingat emas Sukan Asia untuk pasukan negara. Kemarau itu dihapuskan oleh Ahmad pada 2026, selepas 36 tahun, sebagai ketua jurulatih.

Setahun lalu, di Sukan SEA Bangkok 2025, Ahmad Jais Baharun menamatkan kemarau 34 tahun Sukan SEA sebagai ketua jurulatih. Menariknya, Pada Sukan SEA Manila1991, Ahmad menang menang emas sebagai pemain.

Ahmad Jais Baharun memulakan kemarau emas sepak takraw negara sebagai pemain dan menamatkannya sebagai jurulatih.

No comments:

Post a Comment