Biji chia atau chia
seed mendapat permintaan tinggi di kalangan mereka mementingkan kesihatan. Chia
seed kaya dengan nutriun pemakanan diperlukan badan.
Khasiat, kebaikan dan
manfaat memakan biji chia terbukti hebat dan berkesan. Jadikan chia seed diet
harian dan rasai kehebatan untuk kesihatan.
Chia merupakan
sejenis tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga
pudina dan yang biasa hidup di kawasan panas. Pokok chia banyak
terdapat Mexico dan negara Amerika Latin.
Chia seed terkenal sebagai makanan
bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai
antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal
bebas.
Sekali pandang, biji
chia hampir sama dengan biji selasih, namun terdapat beberapa ciri perbezaan. Antara
perbezaan antara biji selasih dan chia seed.
Pertama adalah dalam
hal cara penyediaanya. Biji selasih hanya boleh digunakan setelah direndam di
dalam air selama beberapa waktu.
Sedangkan, bagi chia seed pula, ia boleh digunakan dengan cara, hanya ditaburkan atau dicampurkan saja ke
jus, yogurt, pudding, salad, rawfood, malahan ke dalam
nasi putih juga, atau dengan cara hanya direndamkan ke air putih biasa selama
beberapa saat saja.
Kedua, warna yang
berbeza. Biji selasih hanya berwarna hitam. Apabila terkena air, akan
muncul selaput putih jernih yang menyeliputi menyelimuti biji selasih.
Tetapi chia seed pula mempunyai banyak warna iaitu berwarna hitam, coklat,
kelabu dan juga putih. Apabila terkena air, akan muncul juga selaput
putih menyelimuti biji chia.
Antara kebaikan,
manfaat dan khasiat biji chia ialah:
Menstabil
kandungan gula dalam darah. Ia telah dijadikan sebagai salah satu
rawatan semula jadi yang berkesan untuk pesakit diabetes kerana keupayaannya untuk memperlahankan penyerapan gula.
Lapisan agar-agar biji
chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah
pancang gula darah.
Banyak
mengandungi serat. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah
merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperoleh jumlah fibre yang baik yang penting untuk membantu sistem penghadaman.
Serat baik
untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menekan meningkatkan gula
dalam darah.
Mengekalkan kekuatan gusi dan tulang. Satu hidangan biji
chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan
harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ia berfungsi untuk
mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah
osteoporosis.
Mempunyai
mangan. Manganese (Mangan)
bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ia adalah amat penting untuk
kesihatan. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan
kita untuk menggunakan nutrien lain seperti biotin dan thiamin.
Kaya
fosforus. Dengan mempunyai 27
peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia juga turut
membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
Kaya protein. Biji chia adalah sumber
protein bagi golongan vegetarian dan ianya tidak mempunyai sebarang
kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji chia yang diambil adalah mempunyai
4.4 gram protein di dalamnya. Protin penting untuk kecerdasan otak.
Mudah
berasa kenyang. Tryptophan adalah
merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui dalam biji chia. Walaupun
tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya
juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa
kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood seharian.
Meningkatkan
kesihatan jantung. Biji chia telah terbukti
dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya
juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama
dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.
Banyak
Omega-3. Biji chia penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan
mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Omega 3 baik
untuk kesihatan fungsi otak, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan
prestasi jantung.
Kandungan
zat besi. Zat besi baik untuk pencegahan anemia dan meningkatkan
kualiti sel darah merah.
Dengan pengambilan chia seed, kita boleh memastikan yang
semua nutrien yang diperlukan dalam badan ini sudah mencukupi setiap hari.
Senanglah kerja kita dalam menjaga kesihatan.
Dapatkan biji chia
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/6AfX4YRAQ8?

No comments:
Post a Comment