Tuesday 7 January 2020

CARA LATIH AYAM HUTAN BERKOKOK

Sekarang ini fonomina hebat pertandingan ayam sorak. Dinamakan pertandingan ayam sorak kerana semasa tempoh pertandingan, pemilik ayam akan bersorak atau melakukan aksi suara untuk menggalakkan agar ayam hutan milik mereka berkokok.

Memang pelik juga, yang dikira markah pertandingan adalah jumlah bilangan ayam berkokok, bukannya sorakan pemilik atau penonton. Sepatutnya dinamakan pertandingan ayam berkokok.

Apapun nama pertandingan itu, untuk melatih ayam hutan agar berkokok ada caranya. Antara cara yang boleh diusahakan agar ayam hutan galak berkokok adalah:

- Selalu menjaga kebersihan reban. Keadaan kebersihan yang ada sangat mempengaruhi keadaani ayam hutan yang tinggal di reban tersebut. Keadaan yang baik akan mempengaruhi kegalakan untuk berkokok.

- Reban yang selesa - Buatkan reban yang membolehkan ayam hutan bergerak bebas dan selesa.

- Beri makanan yang menyihatkan. Untuk ayam hutan galak dan sihat, amat penting diberikan makanan yang berkhasiat.

- Masa makan yang teratur. Masa makan perlu tepat pada masa dan dalam jumlah yang diperlukan.

- Bekalan air yang cukup. Air adalah keperluan semua kehidupan di dunia ini dan tentunya tidak terkecuali bagi ayam hutan. Untuk menjadi segar dan galak berkokok perlulah disediakan bekalan air mencukupi.

- Menjemurnya di bawah sinar matahari pagi. Sinar matahari pagi dapat menyihatkan ayam hutan. Keadaan ayam menjadi lebih tenang dan kesihatan lebih baik.

-  Reban tidak dibina atau diletakkan dapat di atas tanah. Ini bagi memberi ruang udara yang lebih baik dan memudahkan untuk mencuci reban.

- Mandikan atau basahkan. Memandikan ayam hutan akan memberi kesegaran dan membersihkan dari kekotoran penyakit.

- Hindarkan daripada sinar matahari terik. Hal ini bertujuan untuk mengelak ayam hutan menjadi lemah dan seterusnya tidak sihat.

- Beri masa rehat yang cukup. Untuk menjadi sihat, ayam hutan perlu mendapat rehat yang cukup.

No comments:

Post a Comment