Pelbagai
cara boleh dilakukan untuk menghias kawasan rumah dan memanfaatkan setiap ruang
yang ada. Kebanyakan orang menyangka, kawasan rumah menjadi cantik hanya jika
ditanam dengan pokok bunga pelbagai jenis.
Pendapat
itu memang tidak dinafikan. Namun, masih ada cara lain lebih sesuai dan menguntungkan
cara untuk menghiasi laman rumah, selain mengekalkan pokok hiasan.
Cara
yang dicadangkan ialah menggunakan konsep Edible Landskap atau Edible Garden
dengan menghiaskan persekitaran kediaman dengan tanaman sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Amalan ini telah dilakukan di kebanyakan negara maju. Maka, perkara sama perlu
dijadikan amalan di negara kita. Ia bukan saja mencantikkan, bahkan menguntungkan.
Edible
boleh diterjemahkan sebagai ’Sayuran’. Maka Edible Landskap boleh diterjemahkan
sebagai Landskap Sayuran. Taman Sayuran pula terjemahan bagi Edible
Garden.
Seperti
pokok hiasan lain, tanaman sayuran juga boleh dijadikan sebahagian elemen
penanaman dalam hiasan laman rumah. Ia bukan saja berfungsi untuk kecantikan
malah kita berpeluang mendapat hasilnya.
Berbudi kepada tanah pasti tidak mengecewakan. Ruang kosong di kawasan rumah
perlu dimanfaatkan.
Hasilnya boleh digunakan untuk keperluan harian keluarga. Ini tentu menjimatkan
perbelanjaan dapur. Selain jimat, ia juga menyediakan sayuran segar dan
selamat. Kita boleh menggunakan baja organik yang lebih selamat dan
menyihatkan.
Selebihnya
boleh pula disedekahkan kepada jiran tetangga, saudara mara, rakan sekerja.
Sedekah satu amalan mulia yang amat dituntut dalam Islam. Jika hasil tanaman dimakan
oleh burung, ulat dan haiwan juga dikira sebagai sedekah.
Jika
jumlahnya banyak, elok juga hasil titik peuh itu dijual untuk menampung
sebahagian kos yang berkaitan seperti kos biji benih dan baja. Malah, sesuai
juga ia dijadikan sebagai satu cara untuk menambah pendapatan.
Ia
tentu memberi kepuasan. Kalau selama ini kita membeli sayur di pasar, tetapi
kini kita boleh menikmati hasil usaha kita sendiri. Hasil yang segar dan bebas
pencemaran.
Penghasilannya tidak terhad pada kawasan rumah yang mempunyai laman yang luas,
apartment atau rumah flat pun boleh. Sama ada kita ada halaman kecil macam
balkoni sekalipun, kita masih boleh menghasilkan taman sayuran ini.
Cuma
perlu memilih sayuran atau buah-buahan yang bersesuaian dengan ruang
persekitaran, serta menggunakan medium tanaman yang bersesuaian. Sayuran yang
sesuai ditanam ialah sawi, tomato, bayam, kangkung, salad, kobis, terung, cili
api, bandi dan sebagainya.
Untuk
mendapatkan benih, boleh dibeli di pasar tani, kedai pertanian, supermarket dan
agensi yang berkaitan dengan pertanian.
Selain
menggunakan pasu atau bekas khas, kita boleh menggunakan bahan terbuang seperti
botol minuman, tin biskut, bekas minyak masak dan sebagainya. Apa yang perlu
dilakukan ialah kreativiti. Keadaan menjadi lebih menarik dan sesuatu yang boleh
dibanggakan.
Menggunakan
bahan terbuang dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Bahan kitar semula
murah dan mudah diperoleh.
Soal
untuk menguruskan tanaman ini tidak mengambil masa panjang, bergantung kepada
berapa banyak yang kita tanam. Yang penting ia mudah untuk dijaga dan masanya
fleksible. Sebabnya, ia ditanam di kawasan rumah.
Pada
waktu malam pun boleh dilakukan perkara yang berkaitan dengannya. Apa yang
penting kita memanfaatkan setiap ruang masa yang ada.
Melakukan
aktiviti menanam sayur boleh dijadi satu riadah. Ia tidak memerlukan tenaga
yang banyak. Cukuplah untuk mengaktifkan badan secara santai dan memberi kepuasan.
Ia dapat mengurangkan tekanan perasaan dan hambatan hidup yang memenatkan.
No comments:
Post a Comment