Jalan mudah mengatasi
penyakit lelaki lemah tenaga batin ialah dengan menggunakan produk didakwa
herba hebat yang diadun dalam bentuk minuman, kapsul mahupun serbuk. Pengeluar
mendakwanya selamat dan kesan dalam tempoh masa cepat. Tenaga lelaki kembali pulih,
bahkan lebih hebat berbanding masa muda.
Suami pasti rasa bangga dan
isteri tersenyum puas. Namun, betulkah produk hebat itu menggunakan bahan herba
asli?
Sebenarnya terdapat pihak
tidak bertanggungjawab hanya ingin mengaut keuntungan telah mencampurkan produk
keluaran mereka dengan ubat sildenafil.
Tujuan mereka melakukan tindakan seperti ini adalah untuk meyakinkan pengguna bahawa produk jualan mereka benar-benar berkesan.
Tujuan mereka melakukan tindakan seperti ini adalah untuk meyakinkan pengguna bahawa produk jualan mereka benar-benar berkesan.
Hakikat sebenarnya, kesan
hebat itu hasil ubat sildenafil yang ditambah secara senyap dan bukannya kesan
daripada campuran bahan-bahan herba dalam produk jualan mereka.
Sememangnya,Food and Drug
Authority (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan sildenafil sebagai ubat untuk
rawatan mati pucuk pada tahun 1998.
Namun, sildenafil hanya
boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen
dengan preskripsi (surat ubat daripada doktor).
Ubat sildenafil ini hanya boleh didapati melalui pemeriksaan doktor adalah kerana kesan sampingnya terhadap fungsi jantung yang boleh membahayakan kesihatan malah boleh membawa maut kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan.

Dengan kata lain, penggunaan
sildenafil yang tidak merujuk kepada doktor boleh mendatangkan bahaya. Maka,
sebab itu ia dilarang digunakan tanpa pengawasan pakar.
Penghasilan jenama dan
produk menggunakan sildenafil meningkat memandangkan permintaan terhadapnya
tinggi.
Pengeluar mendapat keuntungan besar dengan melakukan tuntutan palsu yang kononnya keluaran mereka bersumberkan herba atau bahan-bahan asli di samping pembungkusan illustrasi yang kreatif.
Pengeluar mendapat keuntungan besar dengan melakukan tuntutan palsu yang kononnya keluaran mereka bersumberkan herba atau bahan-bahan asli di samping pembungkusan illustrasi yang kreatif.
No comments:
Post a Comment