Kami
dah lama amalkan kitar semula. Asingkan sampah untuk kitar semula. Yang boleh
dikitar semula akan dibuang pada pagi Selasa.
Sampah
yang boleh dikitar semula akan dibersihkan dahulu sebelum dibuang. Kotak susu
segar kami basuh, polisterin dipastikan tiada makanan tersisa, botol sos kami
akan alirkan air ke dalam dua tiga kali supaya bersih. Tapi tak perlulah bersih
macam nak simpan, sekadar bersih supaya tidak berbau.
Dengan
buat macam ni, kami rasa tenang hati dan gembira. Jangan ingat pergi melancong,
pergi membeli belah sahaja boleh buat rasa gembira.
Dengan
cara macam ini dapat rasa ketenangan tau. Cubalah buat. Orang Jepun dah lama
dah buat macam ini.
Setiap
hari Selasa, lori kitar semula akan datang ke taman perumahan kami. Rasanya
setiap taman perumahan memang ada hari khas untuk lori kitar semula datang.
Kena semak dengan majlis perbandaran masing-masing.
Hanya
perlu tinggalkan sampah di luar pagar untuk dikutip. Tapi sedih sebab ramai
buat tak tahu je pasal lori kitar semula ni.
Anak-anak
pun dah terbiasa dengan amalan kitar semula ini. Mereka dah tahu sampah mana
yang boleh dikitar semula dan mereka asingkan. Insyaa-Allah apabila anak-anak
dah berumah tangga satu hari nanti, mereka akan teruskan amalan ini. Makin
banyak rumah yang amalkan kitar semula.
Perubahan
kena bermula dari diri kita, insyaa-Allah kita boleh jadi macam negara Jepun.
Walaupun
amalan ni nampak kecil, tapi kesannya sangat besar jika dibuat secara
beramai-ramai. Semua amalan yang kita buat akan dihitung di akhirat, bukan
sia-sia.
Jom
amalkan kitar semula.
FB
Mohd Yazid Ismail.
No comments:
Post a Comment