Sunday 19 September 2021

MISTERI KAMPUNG JERAT SEMATA

  
Kampung Jerat Semata, Mukim Bukit Merbau, Daerah Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Negeri Kelantan. Itu maklumat lokasi Kampung Jerat Semata.

Satu lagi nama Kampung Jerat Semata dalam Jajahan Pasir Puteh ialah di Jalan Kamil, berhampiran bandar Pasir Puteh.

Kampung Jerat Semata, Mukim Bukit Merbau terletak tidak jauh dari Kem Desa Pahlawan, Bukit Cina. Terdapat sebatang sungai yang dikenali Sungai Jerat Semata.

Sebahagian Kampung Jerat Semata kawasan hutan dan berbukit. Terdapat kawasan bukit yang dikenali Bukit Jerat Semata di kalangan penduduk.

Diceritakan, ada kisah menarik mengenai Bukit Jerat Semata yang menjadi bualan golongan tua. Bagaimanapun, kisah itu jarang diketahui generasi muda, sehingga ia semakin dilupakan.

No comments:

Post a Comment