Wednesday 29 September 2021

ROKOK PUCUK DAUN NIPAH LEBIH JIMAT

  
Masyarakat dahulu dan golongan tua di kampung masih banyak yang menghisap rokok daun. Rokok daun diperbuat daripada pucuk daun nipah. 
 
Pucuk daun nipah masih dalam ‘sebatang’ sebelum helaian daun kembang. Bagi mereka yang belum pernah melihat pucuk daun nipah, ia adalah lebih kurang seperti pucuk daun kelapa yang dijadikan sarang ketupat nasi. 
 
Pucuk daun nipah yang telah dikeringkan akan dipotong mengikut ukuran sekitar 8 hingga 10 centimeter atau sekitar ukuran sama dengan rokok biasa. 
 
Pucuk daun nipah itu bergolong. Jadi, sebelum dijadikan rokok, ia perlu ‘dibuka’ dan dilembutkan bagi diisi dengan tembakau. 
 
Tembakau yang digunakan adalah tembakau hiris yang diproses dan dikering secara tradisional. 
 
Harga rokok daun nipah, termasuk tembakau adalah lebih jauh lebih murah berbanding harga rokok biasa. 
 
Jadi, ada mereka yang ketagih rokok beralih kepada rokok daun nipah sebagai ganti rokok biasa yang banyak terdapat di pasaran.
 

No comments:

Post a Comment