Menurut
Edward W. Said dalam bukunya Orientalism, orientalis merujuk kepada sesiapa
sahaja khususnya orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji tentang hal
ehwal Timur.
Dalam
pengertian khusus, orientalis adalah merujuk kepada pemikir dari Barat yang
melakukan kajian berkaitan hal ehwal Timur dan Islam, sama ada dengan tujuan
ilmiah atau atas kaitan agama dan politik.
Kajian
itu meliputi segenap aspek kehidupan dari sejarahnya, ekonomi, sosial, budaya
dan sebagainya. Mereka turut mengkaji sejarah permulaan Islam, sirah Nabi
Muhammad, al-Quran dan hukum-hukum berkaitan Islam.
Dengan
kata lain, jika dilihat pada satu sudut, para orientalis dilihat lebih mahir
dan mengetahui mengenai Islam lebih daripada yang mampu dikuasai oleh orang
Islam sendiri. Ada di kalangan orientalis yang hafal al-Quran biarpun tidak
memeluk agama Islam.
Namun,
kita tidak perlu berterima kasih kepada orientalis, biarpun tidak menafikan ada
sumbangan berharga diberikan golongan ini terhadap Islam secara keseluruhannya.
Ini kerana di sebalik sumbangan itu, terlalu banyak orientalis yang tidak jujur
dalam kajian dan disiplin keilmuan.
Orientalis
telah sekian lama menyerang agama Islam melalui tulisan mereka. Serangan ini
adalah dalam pelbagai bentuk termasuklah hadis. Mereka memutarbelik hasil
kajian yang diperoleh dengan memberi gambaran negatif terhadap Islam.
Mereka
sengaja membuat rumusan dari sudut negatif biarpun tahu perkara sebenarnya adalah
kebaikan yang sepatutnya ditonjolkan.
Sesungguhnya,
orang kafir tidak akan membantu atau mendatangkan kebaikan kepada Islam.
Firman
Allah bermaksud: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama
mereka (yang terpesong itu)." (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Hubungan
awal antara orientalisme dan kristianisasi dikatakan sangat erat sejak abad
ke-13 Masihi. Mubaligh Kristian khususnya ke Timur sangat digalakkan
mempelajari bahasa dan budaya hidup Muslim bagi memudahkan pencapaian misi
mereka.
Malah,
di peringkat awal, boleh dikatakan Kristian menjadi pendorong kepada gerakan
ini. Gerakan orientalisme ini terdapat pelbagai tujuan. Ia meliputi keagamaan,
akademik, perniagaan dan politik.
Usaha
keras orientalis untuk memesongkan pemikiran orang Islam agak berjaya. Di kalangan ilmuan Islam sendiri ada yang
terpengaruh atau berkiblatkan kepada orientalis secara membabi buta. Mereka
menjadikan kajian orientalis untuk memperkukuhkan hasil kajian sendiri yang
tidak seberapa.
Dengan
kata lain, mereka menjadi pak turut kepada apa yang diperkatakan oleh
orientalis. Dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka sebenarnya
lebih berbahaya daripada apa yang diungkapkan oleh orientalis sendiri.
Ini
kerana pada pandangan orang kebanyakan yang tidak mengetahui maklumat asal
kajian itu akan mengatakan apa yang dirumuskan oleh pengkaji Islam itu dianggap
benar-benar dibuat oleh pengkaji itu sendiri yang sudah tentunya dikatakan atas
roh keilmuan Islam.
Antara
faktor mengapa ini berlaku ialah kejahilan dan ketidakupayaan mereka merujuk
sumber warisan Islam yang dihasilkan oleh para ilmuwan Islam sendiri. Lebih parah lagi apabila sarjana Islam
terpaksa bergantung kepada sumber asal yang dihasilkan oleh orientalis.
Ini
kerana banyak manuskrip tentang Islam diperoleh atau tersimpan di perpustakaan
di negara-negara Barat berbanding di negara Islam sendiri.
Ini
berlaku semasa era penjajahan dulu banyak manuskrip Islam dibawa ke negara
Barat dan seterusnya dikembangkan pula melalui kajian yang dibuat oleh
orientalis.
Selain
itu, terdapat sarjana Islam membebaskan diri mereka daripada pengaruh agama
atas alasan untuk mencapai objektiviti akademik. Kononnya mereka melakukan
kajian secara ikhlas dan adil demi mencari kebenaran.
Sikap
ini lebih membawa padah apabila mereka gagal mengekalkan atau mengamalkan etika
kajian, sebaliknya lebih terpengaruh dengan kajian yang telah dibuat oleh
orientalis.
No comments:
Post a Comment