Sunday, 19 July 2020

KHASIAT SACHA INCHI KAYA OMEGA

Satu jenis pokok atau tumbuhan yang mendapat perhatian disebabkan oleh kandungan khasiat yang luar biasa hebat ialah sacha inchi. Pokok ini semakin dikenali dan mendapt perhatian masyarakat. 
 
Mengapa sacha inchi didapati begitu istimewa? Sacha inchi mengandungi proteinnya dalam kadar 60-65%, kandungan minyak dan pulpa yang sangat rendah lemak. Kandungan proteinnya juga sangat mudah dihadam.

Sacha inchi adalah merupakan salah satu sumber protein yang paling istimewa kerana ia adalah sumber protein daripada tumbuhan semulajadi. Kebanyakan sumber protein yang kita dapati hari ini adalah daripada sumber haiwan darat dan juga lautan.

Protein daripada pokok sacha inchi adalah protein yang lengkap iaitu mengandungi keseluruhan asid amino, serat serta rendah lemak dan paling istimewa mengandungi omega 3, omega 6 dan omega 9 yang sangat jarang ditemui di dalam sumber protin yang lain. Sebab itu, sacha inchi dianggap pokok yang sangat ajaib dan istimewa.

Masyarakat di Amerika Selatan telah menggunakan sacha inchi sebagai sumber protin utama sejak 3000 tahun yang lampau.

Sacha inchi adalah protein lengkap, yang mengandungi semua 8 asid amino penting yang badan kita tidak dapat proses.

Biji sacha inchi mengandungi 60% protin. Protin adalah komponen yang penting bagi setiap sel dalam badan. ia berfungsi sebagai pelindung kepada otot, tulang, rawan, sel kulit, dan sel darah.

Selain itu, ia berperanan dalam mewujudkan enzim, hormon, dan bahan kimia biologi yang lain yang diperlukan oleh badan.

Sacha inchi juga dianggap amat istimewa kerana 0% lemak trans.  
 
Kebaikan dan manfaat khasiat sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko stroke
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.

No comments:

Post a Comment