Sunday, 12 January 2025

RAMBUTAN GADING MUAR

 
Rambutan gading muar (Nephelium Lappaceum Linn) merupakan satu varieti rambutan yang sangat popular. Warna kulit berwarna kuning menjadikan ia mudah dikenali dan mendapat perhatian ramai.

Rambutan gading muar didaftarkan dengan Jabatan Pertanian oleh Ng Ah Kow dari Sungai Nibong, Muar, Johor pada sekitar tahun 1960-an. Siri daftar klon rambutan gading muar iaitu bernombor R156.

Semasa didaftarkan dicatit rambutan ini sebagai bersaiz besar, berbentuk bulat, kulit berwarna kuning, isinya tebal, manis, pejal, berair dan isinya enak.

Buah rambutan ini juga jenis yang sangat lekang, iaitu mudah dipisahkan isi dengan biji. Selain itu, buah rambutan ini akan masak paling awal berbanding rambutan jenis merah yang lain pada musim rambutan masak. 

No comments:

Post a Comment