Setiap orang memerlukan kawan. Kata orang, “berkasih
biar satu, berkawan biar seribu”. Atau kena berpegang kepada, “berkawan biar
banyak, musuh jangan ada”.
Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Orang yang tidak mempunyai banyak kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang.
Individu banyak kawan hidupnya lebih terbuka. Banyak pengalaman dan maklumat dapat dikongsikan sesama rakan.
Selain rakan sekampung, setaman, sekolah dan tempat kerja, peluang berkawan terbuka apabila menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam aktiviti atau program tertentu.
Banyak NGO kini menjadi medan menyatukan individu yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama melakukan aktiviti bersama. Penyertaan dalam NGO bermakna terbentuk hubungan kawan sesama ahli dan dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti yang diadakan.
Sertailah NGO untuk mencari kawan atau berkawan, bukan untuk berebut jawatan atau mencari pengaruh. Sikap tersebut akan “mencipta” musuh yang pastinya menyalahi matlamat asal menyerti NGO.
Berpeganglah kepada prinsip, berkawan biar banyak, musuh jangan ada. Hidup pastinya lebih tenang dan bermakna jika dapat mencapai situasi tersebut.
No comments:
Post a Comment