Di Malaysia, peraturan berkaitan kadar
maksimum sisa racun perosak bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985) Akta
Makanan 1983.
Selain terpakai untuk makanan tempatan, ia
juga melibatkan keselamatan makanan yang diimport.
Malaysia sering berdepan dengan isu makanan
yang diimport tidak melepasi syarat berdasarkan PPM 1985.
Justerus, bagi memastikan keselamatan
makanan import, pihak berkuasa boleh memperketat kawalan melalui beberapa
pendekatan yang lebih sistematik.
Langkah boleh diambil ialah meningkatkan
kekerapan ujian makmal terhadap sampel buah yang diimport adalah menggunakan
teknologi canggih seperti spektrometri massa bagi mengesan kehadiran sisa racun
perosak dengan lebih tepat dan pantas.
Kerjasama dengan negara pengeksport amat
penting bagi memastikan hanya buah-buahan yang memenuhi piawaian keselamatan
dibenarkan memasuki pasaran tempatan.
Penguatkuasaan undang-undang terhadap
pengimport yang gagal mematuhi peraturan keselamatan makanan juga perlu
diperketat.
Hukuman lebih tegas, termasuk denda tinggi
atau sekatan import bagi pihak yang didapati bersalah, boleh menjadi langkah
pencegahan yang berkesan.
Sistem pelabelan lebih jelas dan terperinci
mengenai kaedah penanaman serta penggunaan racun perosak juga wajar
diperkenalkan agar pengguna dapat membuat pilihan yang lebih bermaklumat semasa
membeli buah-buahan import.
No comments:
Post a Comment