Saturday, 14 August 2021

BANTAL KEKABU TAHAN LAMA, BERSIFAT SEJUK

Bantal dan tilam yang diperbuat menggunakan kekabu masih mendapat sambutan. Sebab itu, ada pengusaha menjadi pengeluar bantal kekabu.

Kekabu adalah bahan seakan-akan kapas. Ia diambil atau dihasilkan daripada buah kekabu yang telah matang.

Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Kelebihan bantal kekabu ialah bersifat sejuk, memerangkap haba dan tidak mengandungi bahan kimia.

Jika selalu dijemur ia kembali 'gebu' dan selesa digunakan.

No comments:

Post a Comment