Friday, 6 June 2025

ARAFAH KEMUNCAK IBADAH HAJI

 
Hari Arafah (9 Zulhijjah)  merupakan kemuncak dalam seluruh rangkaian ibadah haji. Pada hari inilah para jemaah haji akan berkumpul di Padang Arafah bagi menunaikan wukuf, iaitu rukun haji yang paling utama. 

Di Arafah adalah tempat dan waktu terbaik untuk merendahkan diri di hadapan Allah SWT, memohon keampunan, mengadu hajat, dan memperbanyakkan doa.
 
Sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk menggunakan sepanjang waktu wukuf ini dengan berdoa tanpa henti. Jika kita menelusuri hadis Jabir tentang sifat haji Nabi SAW,  iddapati bahawa baginda berdoa sepanjang waktu, dari tergelincir matahari (Zohor) hingga terbenam matahari jam tanpa henti.
 
Antara yang menunjukkan kesungguhan baginda SAW berdoa pada waktu ini adalah apa yang diceritakan Usamah bin Zaid: "Aku pernah membonceng di belakang Nabi di Arafah. Baginda mengangkat kedua-dua tangan untuk berdoa. Tiba-tiba untanya condong ke sisi lalu jatuh tali kekangnya. Maka Nabi engambil tali itu dengan satu tangan, sementara tangan satu lagi tetap diangkat untuk berdoa." (Hadis riwayat al-Nasai)
 
Wukuf di Arafah adalah tunjung utama ibadat haji. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Haji itu adalah Arafah.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai)
 
Maknanya, inti dan jiwa utama ibadah haji terletak pada wukuf di Arafah. Tanpa wukuf, ibadah haji tidak sempurna.
 
Amalan-amalan disyariatkan pada Hari Arafah
 
- Wukuf di Arafah. Bermula dari waktu Zohor hingga terbenam matahari. Para jemaah digalakkan memperbanyakkan zikir, doa, istighfar, bacaan al-Quran, talbiyyah, dan segala amalan soleh.
- Solat Jama‘ dan Qasar di Arafah. Solat Zohor dan Asar dilaksanakan secara jama‘ taqdim (digabung dan diawalkan) dan qasar (dipendekkan), dua rakaat setiap solat. Dilakukan dengan satu azan dan dua iqamah, sesuai sunnah Nabi SAW. .
 
Selepas terbenam matahari pada 9 Zulhijjah, para jemaah akan bergerak menuju Muzdalifah untuk bermabit (bermalam), sebagai salah satu wajib haji sebelum menuju Mina pada pagi 10 Zulhijjah. .
 
Menurut mazhab Syafie, kadar minimum mabit yang wajib ialah melebihi separuh malam. Selesai itu, dibolehkan untuk terus ke Mina bagi melontar Jamrah al-‘Aqabah al-Kubra.


Baca juga:

No comments:

Post a Comment