Umum
mengetahui tentang keberadaan kaum Siam di jajahan (daerah Tumpat) dan Kampung
Balai di Bachok. Namun, tidak banyak orang mengetahui, termasuk di kalangan
rakyat Kelantan sendiri tentang penduduk keturunan Siam di Kampung Aril,
Peringat.
Di
Kampung Aril terdapat sebuah wat Buddha yang dikenali Wat Ariyakiri, sebagai
tanda keberadaan masyarakat Siam di kampung berkenaan.
Mengikut
cerita lisan penduduk kampung, pada tahun 1870, sekumpulan penggembara muda
etnik Siam berasal dari daerah Chekong singgah bermalam di kampung ini.
Mereka
mengambil keputusan pulang ke negara asal setelah perkampungan yang mereka buka
di daerah Gong Kulim, Pasir Puteh, semasa berburu tidak begitu sesuai untuk
bercucuk tanam.
Bersama-sama
pengembara ini terdiri dari penari-penari menora yang dikenali sebagai kumpulan
Nakleng. Sudah menjadi kebiasaaan di setiap persinggahan, mereka akan
mempersembahan kesenian tarian menora.
Kerana
penduduk kampung ini amat meminati persembahan menora, penghulu kampung yang
dikenali sebagai Tok Aril mempelawa kumpulan mereka tinggal di kampung tersebut.
Bermula
dari situlah, komuniti Siam mula menjadikan Kampung Aril sebagai tempat tinggal
dan mereka hidup secara harmoni bersama penduduk Melayu dan kekal sehingga
kini.
No comments:
Post a Comment