Batuk
dan sakit tekak memang tidak menyenangkan. Ia boleh mengganggu aktiviti harian.
Kebiasannya, langkah pencegahan atau rawatan yang dilakukan ialah mengambil
ubat batuk sama ada dalam bentuk cecair mahupun biji.
Namun,
ada cara boleh dilakukan tanpa mengambil ubat batuk. Ia adalah cara pemulihan
batuk menggunakan bahan semula jadi.
Caranya
ialah ambil satu sudu madu bersama dua atau tiga sudu perahan lemon dan kacau ke dalam satu gelas air suam dan
minum.
Sangat
melegakan dan berkasan. Cara ini kerap dilakukan oleh individu yang mengalami
batuk dan selesema.
Ia
sesuai diamalkan semua peringkat umur, kecuali bayi berusia bawah satu tahun.
Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan di dalam 10% madu, terdapat spora
botulinum yang boleh memudaratkan bayi.
No comments:
Post a Comment