Friday, 18 March 2022

Bank Makanan Asnaf agih makanan kering

  
Biarpun banjir melanda kawasan jajahan Rantau Panjang telah pulih, namun kesan yang dialami mangsa banjir memerlukan masa yang lebih panjang untuk kembali menikmati kehidupan normal. 
 
Justeru, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan telah turun membantu mereka yang terjejas dengan bencana banjir pada akhir Januari dan awal Mac lalu di kawasan Lubok Jong, Pasir Mas. 
 
Sebanyak 60 keluarga menerima agihan makanan kering di kawasan berkenaan. 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan menyerahkan makanan kering yang dikumpulkan melalui Bank Makanan Asnaf (Asnaf Foodbank). 
 
Pada awal kejadian bencana banjir lalu, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan telah terlibat membantu mangsa banjir yang terjejas teruk. 
 
Bantuan yang dihulurkan adalah sebahagian besarnya sumbangan orang ramai dan NGO yang memberi kepercayaan kepada Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan untuk menguruskan pengagihan. 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan secara berterusan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mereka memerlukan. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 
 
BANK MAKANAN ASNAF

No comments:

Post a Comment