Tuam
haba atau thermotherapy sesuai untuk merawat kecederaan kronik atau kecederaan
yang melibatkan kekejangan dan sengal otot. Contoh silap bantal dan simpul biawak.
Haba
memperbaiki aliran darah ke kawasan yang dituam dan dan melegakan kesakitan
kekejangan otot.
Selain
itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi kesan yang selesa
selain perpercepat proses pemulihan.
Tuam
haba sesuatu dibuat pada hari ke-4 dan seterusnya selepas kecederaan.
Cara-cara
melakukan tuaman haba:
- Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala
- Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika
-
Ulang langkah di atas beberapa kali sehingga kesakitan lega
Elak
daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu
lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit.
Tuam
haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.
Jika
ada luka, elakkan lakukan tuaman haba mahupun tuaman ais.
No comments:
Post a Comment