Sunday, 6 March 2022

MI BANDUNG MUAR CUKUP TERKENAL

  
Mi bandung ialah masakan yang asalnya dimasak dengan mi kuning digandingkan dengan telur dan kuah pekat yang diperbuat daripada gabungan udang kering, bawang, rempah ratus, pes udang dan cili. 
 
Hidangan mi bandung cukup sinonim dengan negeri Johor, khususnya di Muar. Ini kerana mi bandung memang berasal dari Muar. Keasliannya dikatakan hanya terdapat di daerah ini selepas diwarisi ahli keluarga sejak turun temurun. 
 
Sekiranya kebetulan anda melawat tempat menarik di Muar, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan enak ini. Antara lokasi mi bandung Muar terkenal ialah di Medan Selera Tanjung Emas yang terletak di tepi Sungai Muar. 
 
Mi bandung setiap negeri, tetapi rasa mi bandung Muar ni lain ceritanya. Keenakan hidangan ini terletak pada kuahnya yang pekat, manis, dan penuh perisa. Lebih mengasyikkan jika ditambah dengan tulang gearbox.

No comments:

Post a Comment