Monday, 7 July 2025

ULANG KAJI LATIHAN BERTERUSAN JURUTERBANG

 
Tugas juruterbang memang mencabar. Masalah yang berlaku ketika mengendalikan penerbangan tidak dapat diduga dan berlaku dengan pantas yang pastinya juga memerlukan tindakan pantas dan betul daripada juruterbang bagi memastikan tidak berlaku kecelakaan.
 
Untuk kekal pada tahap terbaik, setiap juruterbang perlu melalui ulang kaji dan pengesahan kecekapan secara berkala dalam selang masa yang ditetapkan, sebelum dibenarkan terus mengemudikan kapal terbang.
 
Latihan ini dilakukan di dalam bilik simulator. Setiap simulator dibina atau disediakan mengikut jenis-jenis kapal terbang seperti yang disebenar.
 
Di bilik simulator, juruterbang akan diuji dengan pelbagai bentuk kecemasan dan masalah teknikal yang mengkehendaki mereka mengambil keputusan dan melakukan tindakan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dan keadaan pesawat kekal selamat sehingga mendarat, atau mengurangkan kesan kemusnahan, terutama keselamatan penumpang.
 
Kebakaran enjin, kegagalan enjin, masalah elektirikal dan masalah sistem hidrolik, mendarat dalam keadaan cuaca buruk dan penglihatan yang terhad adalah ujian yang sering diberikan sebagai latihan dan juga ujian.
 
Mereka perlu lulus dalam ujian tersebut. Jika gagal, juruterbangakan diberikan satu peluang lagi. Kalau gagal lagi, juruterbang itu mungkin diberi peluang terakhir atau terus ditamatkan perkhidmatan, bergantung kepada amalan yang diamalkan oleh sesebuah syarikat penerbangan.
 
Kredit pemilik gambar

No comments:

Post a Comment