Stesen bas untuk kegunaan penduduk atau warga di sesuatu
kawasan biasanya dirancang dan dibina oleh kerajaan negeri itu sendiri atau
pihak berkuasa tempatan (PBT). Sebagai contoh, Terminal Bas Kota Bharu
Sentral (KB Sentral) di Kota Bharu adalah projek yang dibiayai dan dilaksanakan
oleh kerajaan negeri Kelantan.
Namun, isu pembinaan KB Sentral berbangkit kerana sudah
lebih 10 tahun tidak dimulakan biarpun telah beberapa kali diisytiharkan oleh
kerajaan Kelantan bahawa ia bakal dibina. Kos pembinaan terminal bas ini
dianggarkan sebanyak RM64 juta bakal dibina di Tunjung, bersebelahan dengan
Stesen Kota Bharu (ECRL).
Polimik pembinaan stesen bas yang sesuai untuk Kota Bharu
difikirkan perlu memandangkan stesen bas sementera di Lembah Sireh dilihat
tidak mampu menampung operasi ratusan bas setiap hari.
Stesen bas sementara itu memang dibina sesuai dengan status
"sementara". Tidak banyak kemudahan disediakan. Maklumlah ia hanya
untuk kegunaan sementara. Namun, ia telah digunakan sudah lebih 10 tahun.
Kedaifan fasiliti itu menyebabkan ketidakselesaan kepada
pengguna selain menjadi bahan cemuhan dan jenaka dalam kalangan masyarakat.
Sedangkan kerajaan Kelantan terus berdalih dan memberi macam-macam jawapan setiap
kali isu itu dibangkitkan.
Ada pihak berpendapat mengapa projek itu tidak diambil alih
oleh kerajaan Persekutuan? Secara amalnnya, seperti telah dinyatakan,
penyediaan kemudahan stesen bas adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri
atau pihak berkuasa tempatan.
Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT)
masing-masing berperanan untuk membangunkan terminal bas.
Bukan saja Kelantan, semua negeri pun Kerajaan Persekutuan
tiada peruntukan untuk membina terminal bas bersepadu. Sebaliknya, ia kerjasama antara kerajaan negeri dan PBT. Ini
terpakai di semua negeri.
No comments:
Post a Comment