Saturday, 14 June 2025

STESEN KERETA API PASIR MAS

 
Stesen Kereta Api Pasir Mas (Stesen Pasir Mas) terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas, Kelantan. Landasarn kereta api menjadi "pembahagi" bandar Pasir Mas menjadi dua bahagian iaitu di barat dan timur.
 
Stesen Pasir Mas mula digunakan pada tahun 1914 apabila landasan kereta api antara Tumpat dengan Pasir Mas dibuka kepada awam. Sebuah landasan cabang antara Pasir Mas dengan Golok, Thailand diuka pada bulan September 1920 menjadikan Stesen Pasir Mas semakin sibuk.
 
Aktiviti di sekitar stesen menjadi sibuk setiap kali kereta api sampai, tidak kiralah dari Golok atau Tumpat atau Tanah Merah. Paling ketara kesibukan ialah ketika ketibaan kereta api dari Golok. Ketika itu, peraih beras dan anak muda akan secepat mungkin menurunkan beras dari gerabak.
 
Beras itu akan dibawa keluar dari stesen untuk dibawa ke tempat lain dan ada juga yang kekal di kawasan stesen untuk menunggu kereta api lain untuk dibawa ke tempat lain di selatan dan pantai barat.
 
Terdapat pasar basah di seberang landasan. Untuk keselamatan orang ramai menyeberangi landasan, satu jejantas dibina. Begitu pun, orang ramai lebih gemar melintas di atas landasan tanpa menggunakan jejantas.
 
Pasar basah kini telah ditutup dan dipindahkan ke Tasik Raja. Perkhidmatan kereta api dari Golok juga telah dihentikan. Jadi, aktiviti di sekitar Stesen Pasir Mas kini suram. Tidak banyak lagi aktiviti di situ.

No comments:

Post a Comment