Friday, 6 June 2025

BERMALAM DI MUZDALIFAH

 
Muzdalifah adalah suatu kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram. Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji dikehendaki untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar 10 Zulhijjah.
 
Kawassan Muzdalifah sepanjang empat kilometer dan meliputi kawasan seluas 12.25 kilometer persegi. Ia terbentang dari pergunungan Mazamayn hingga ke Lembah Muhassar. Muzdalifah terletak di tenggara Mina dan di laluan antara Gunung Arafah dan Mina.
 
Amalan-amalan di Muzdalifah.
 
- Solat Maghrib dan Isyak secara Jama‘ Ta’khir dan Qasar. Solat ditunaikan sebaik tiba di Muzdalifah secara jama‘ ta’khir (digabung dan dilewatkan) dan qasar iaitu Maghrib tiga rakaat, Isyak dua rakaat dengan satu azan dan dua iqamah.
 
Bermalam (Mabit) di Muzdalifah bermula selepas solat Isyak sehingga separuh malam. Bagi golongan uzur, wanita, warga emas, atau petugas, dibolehkan meninggalkan Muzdalifah selepas separuh malam untuk ke Mina lebih awal.
 
Mengutip anak batu untuk melontar. Disunatkan mengutip tujuh biji anak batu bersaiz kacang untuk melontar Jamrah al-‘Aqabah pada 10 Zulhijjah. Batu untuk hari-hari Tasyrik pula boleh dikutip di Mina kemudian.
 
Berzikir dan berdoa hingga Subuh. Sepanjang berada di Muzdalifah, digalakkan untuk berzikir, bermunajat dan berdoa dengan sepenuh hati kepada Allah SWT. Semoga Allah menerima segala amal ibadah para hujjaj dan mengurniakan keampunan serta keberkatan kepada kita semua.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment