Monday 17 July 2023

WAKTU SESUAI MINUM KOPI

 
Minum kopi memberi kesegaran kepada fizikal dan mental. Sebab itu ia menjadi pilihan mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan.
 
Namun, kita tidak perlu minum sepanjang masa. Sebenarnya dalam diri kita telah ada hormon yang membantu menghasilkan tenaga secara semula jadi. Ia dikenali hormon kortisol.
 
Hormon kortisol adalah hormon yang terhasil secara semula jadi yang memberi tenaga pada badan kita. Tetapi, tahap penghasilan hormon kortisol tidak sama sepanjang hari.
 
Tahap kortisol paling tinggi adalah pada waktu pagi selepas kita bangun tidur. Ia mula menurun selepas pukul 9.00 pagi.
 
Untuk mengimbangi atau memberi tenaga kembali, maka kita perlu kepada sesuatu untuk menambah tenaga, contohnya dengan minum kopi.
 
Selain itu, sebelum bersukan juga sesuai untuk dapatkan tenaga tambahan dengan minum kopi.
 
Jika anda inginkan tidur yang berkualiti, pastikan jangan minum kopi 6 jam sebelum tidur. Jadi, waktu sesuai minum kopi ialah ketika minum petang. Jangan minum kopi pada waktu malam untuk mengelak kesan kafein akan mengganggu tidur anda.
 
 

No comments:

Post a Comment