Thursday, 22 May 2025

PERKHIDMATAN KERETA API DI PANGKALAN WELD

 
Penyediaan perkhidmatan kereta api di Malayis dimulakan pada era kolonial British. Salah satu rangkaian kereta api terawal di Malaysia beroperasi di Pangkalan Weld (Weld Quay). Namun, tidak banyak catatan sejarah ditemui berkaitan perkhidmatan ini.
 
Pada awal abad ke-20, Weld Quay bukan sahaja menjadi pusat perdagangan maritim, tetapi juga nadi pengangkutan darat apabila perkhidmatan Malayan Railway sampai ke kawasan pelabuhan ini.
 
Stesen kecil berhampiran jeti menjadi titik sambungan penting bagi penumpang dan kargo dari tanah besar ke Pulau Pinang melalui feri dan kereta api. Gabungan rel, jalan raya dan laut menjadikan Weld Quay sebagai hab logistik yang strategik dalam era kolonial British.
 
Pengkalan Weld telah diwujudkan sebagai sebahagian daripada projek penambakan tanah secara besar-besaran pada akhir abad ke-19.
 
Pengkalan Weld dinamakan sempena Frederick Weld yang menjadi Perdana Menteri  pada tahun 1864. Beliau juga berkhidmat sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat antara 1880 dan 1887.
 
Pulau Pinang sekitar tahun 1880-an perkhidmatan kereta api membabitkan laluan dari Jeti Weld Quay di Georgetown ke Ayer Itam.
 
Jajaran perkhidmatan kereta api diperluaskan menghubung bangunan penjara lama di Georgetown ke Taman Botani di Jalan Kebun Bunga oleh seorang pegawai pemerintah dikenali sebagai Mr Gardiner, pada 1885.
 
Berbeza dengan kereta api era kolonial yang menggunakan sistem lokomotif dan gerabak, perkhidmatan kereta api negeri ini dipercayai berenjin stim dengan hanya dua gerabak.
 
Trem berkenaan dipercayai digunakan British bagi mengangkut batu dan kemudahan asas dari bangunan penjara lama ke depoh simpanan yang kini menjadi sebahagian tapak Taman Botani, bagi tujuan pembinaan jalan raya dan empangan.
 
Bagaimanapun tidak banyak rekod dan dokumen mengenai kereta api terbabit diperoleh, malah British dipercayai tidak menggunakan lagi sistem pengangkutan itu, sebaik perang tamat pada 1945.

Gambar - Tren yang dipercayai digunakan di Pulau Pinang pada masa dahulu. 

No comments:

Post a Comment