Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 05
Disember 2025. wasta di Kota Kinabalu.
Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pag, ketika sedang menerima
rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah.
Allahyarham mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan
jangkitan paru-paru.
Bung Moktar dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung
Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Kampung Bilit sebelum menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sandakan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Sebelum bergiat aktif dalam politik, Bung Moktar berkhidmat
sebagai pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Sandakan bermula dari tahun
1987 hingga 1990, sebelum menyertai Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1990
hingga 1992.
Kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri
Kewangan Sabah dari 1994 hingga 1999.
Kerjaya politik Allahyarham bermula pada 1999 apabila beliau
dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, jawatan yang disandangnya selama
lebih dua dekad.
Pada tahun 2020, beliau turut memenangi kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) dan kemudiannya
dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Kerja Raya
negeri dari 2020 sehingga 2023.
Bung Moktar juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi
FELCRA Berhad dari 2013 hingga 2018.
Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau dikenali
sebagai antara pemimpin UMNO Sabah yang lantang bersuara serta berpengaruh.

No comments:
Post a Comment