Ali Hosseini Khamenei dilahirkan pada 19 April 1939 di
Mashhad, timur laut Iran, dalam keluarga agama yang sederhana. Beliau memilih
laluan pengajian agama dan menjadi pelajar kepada Ayatollah Ruhollah Khomeini,
pemimpin Revolusi Islam.
Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beliau aktif menentang pemerintahan Shah.
Beliau ditahan dan dipenjarakan beberapa kali, mengalami penyeksaan dan dibuang
negeri.
Tempoh ini membentuk pandangan anti-Baratnya serta komitmennya terhadap pemerintahan agama yang berpusat.
Selepas Revolusi 1979, beliau menjadi antara tokoh yang rapat dengan Khomeini dan memegang jawatan kanan, termasuk Presiden Iran dari 1981 hingga 1989.
Walau begitu, insiden itu mengukuhkan lagi kedudukannya dalam kalangan penyokongnya.
Selepas kematian Khomeini pada 1989, Khamenei dipilih sebagai penggantinya walaupun ketika itu beliau tidak dianggap sebagai ulama tertinggi.
Sepanjang tempoh kepimpinannya, banyak kuasa dipusatkan di tangan Pemimpin Tertinggi. Pengawal Revolusi menjadi faktor keselamatan dan ekonomi utama yang setia kepadanya, dan program nuklear diteruskan walaupun berdepan sekatan serta tekanan antarabangsa.
Pengaruh serantau Iran diperluaskan melalui sekutu dan organisasi di Timur Tengah, termasuk Hezbollah, Hamas dan Houthi.
Beliau disahkan meninggal pada pagi 28 Feb 2026 dalam serangan bersama dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis disasarkan ke atas kompleks tempat beliau berada.

No comments:
Post a Comment