Thursday, 1 December 2022

TAWAS RAWAT AIR KERUH, BERBAU

   
Masalah air telaga atau perigi berbau kerap berlaku terutama yang baharu digali atau sudah lama tidak digunakan. Keadaan ini juga pada musim kemarau apabila air telaga hampir kering. 

Cara mudah untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan batu tawas. Ambil kira-kira 200 gram tawas dan dimasukkan di dalam telaga. Biarkan ia larut. Tunggu sehingga tiga hingga empat jam untuk lihat keberkesannnya. 
 
Jika masih tidak elok, boleh tambah tawas lagi. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya.

Tawas adalah kelompok garam terhidrat berupa kristal. Ia bahan semula jadi seperti garam dan mineral lain. Memandangkan bentuknya seperti batu, maka ia lebih dikenali sebagai batu tawas. 

Unsur tawas akan 'mengikat' bau yang tidak menyenangkan dan menjadikan air lebih jernih. 

Boleh digunakan untuk telaga, kolam, telaga tiub, tangki dan sebagainya. 

Jumlah tawas yang diperlukan untuk mengatasi masalah air ini bergantung kepada kuntiti air dan kualiti semasa. Ia juga bergantung kepada punca air atau sebab masalah itu berlaku. 

Tawas juga digunakan untuk pelbagai tujuan lain. 

Menghilangkan bau badan tidak menyenangkan, terutama bawah ketiak.  

Cara menggunakan tawas ketul.
- Basahkan batu tawas dan kawasan badan berkenaan.
- Sapukan tawas di kawasan berkenaan.
- Sesuai diamalkan selepas mandi ketika bahagian badan masih basah.
- Selepas disapu dengan tawas, tidak perlu lap.
- Biarkan kering dengan sendiri.
- Boleh digunakan berulang kali

Cara menggunakan tawas serbuk
- Dilumurkan terus ke bahagian kulit seperti penggunaan bedak.
- Boleh juga dicampurkan dengan air dan dibiarkan larut.
- Gunakan larutan itu untuk disapu di bahagian badan.
- Larutan itu juga boleh dimasukkan ke dalam penyembur
- Kemudian disemburkan di bahagian badan.

Tawas juga digunakan sebagai bahan penjagaan badan;
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gatal di bahagian badan.
- Antibakteria

Tawas juga digunakan untuk membilas buah dan sayur-sayuran agar tahan segar lebih lama.

Makanan yang dicampurkan dengan sedikit tawas akan menjadikan ia tidak cepat basi. Selain itu, tawas dimasukkan ke dalam adunan membuat kuih agar lebih kenyal dan tahan lama.  

Tawas digunakan dalam proses menjeruk buah-buahan agar buah kekal ranggup dan kenyal.

Dengan kata lain, tawas banyak kegunaan seperti juga garam. Ia tidak membahayakan kesihatan jika tidak digunakan secara berlebih-lebihan.

Mudah kata, anggaplah penggunaannya seperti garam. Kalau menggunakan terlebih garam pasti mendatangkan kesan buruk. Begitu juga penggunaan tawas.

Tawas di pasaran terdapat pelbagai bentuk seperti ketul, hancur dan serbuk. 

Dapatkan tawas

Di Shopee




 
Tawas ketul

Tawas hancur

Tawas serbuk halus

Tawas serbuk kasar

No comments:

Post a Comment