Saturday 26 November 2022

LATA PERGAU TEMPAT MENARIK DI JELI

  
Tular mengenai kecantikan Lata Kashmir di Jeli. Mengapa dinamakan Lata Kashmir? Siapa yang memberi nama atau mengiystiharkan nama tersebut?
 
Nama tersebut sebenarnya diberikan oleh warganet apabila ia tular di media sosial. Kecantikan kawasan tersebut yang turut dihiasi pemandangan bukit di kejauhan, dikaitkan dengan pemandangan di Kashmir, India. Sebagai gambaran betapa cantik pemandangan di situ.
 
Dengan kata lain, tiada pun satu penamaan tempat itu sebagai Lata Kashmir dibuat secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab, iaitu pihak berkuasa majlis tempatan, mahupun pejabat tanah. Tidak juga penamaan dibuat oleh pihak yang diberi hak memajukan kawasan tersebut.
 
Kalau ia belum rasmi dinamakan Lata Kashmir, maka pertukaran nama kepada yang lebih tepat menggambarkan tempat tersebut perlu dibuat. Ada yang mencadangkan agar menamakan ia sebagai Lata Pergau kerana lebih mendekati kepada identitinya yang terletak di Sungai Pergau.
 
Menurut masyarakat di situ, dahulu pada sekitar tahun 90an terdapat sebuah air terjun yang dikenali sebagai Jeram Pergau Batu 14 yang terbentuk oleh aliran Sungai Pergau. Namun, jeram tersebut telah lenyap apabila ia telah bertukar menjadi sebahagian kawasan takungan air empangan.
 
Justeru itu kerana kedudukannya tidak jauh dari tapak asal Jeram Pergau Batu 14 yang pernah popular dahulu, ada yang mencadangkan agar nama Lata Pergau digunakan sebagai identiti tempat yang kini dikenali Lata Kashmir itu.

No comments:

Post a Comment