Friday 11 November 2022

Cara proses pengundian PRU-15

  
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 10 langkah ketika proses pengundian di setiap tempat mengundi yang perlu dipatuhi. Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Masuk setelah dibenarkan oleh polis yang mengawal setiap pintu masuk

2. Serahkan Mykad/dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa

3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan Mykad/dokumen pengenalain diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh Kerani Pengundian Pertama adalah tepat

4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua

5. Terima Kertas Undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengudi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit

7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruangan kosong bersebelahan dengan nama calon dan simbul calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. Pilih satu calon sahaja

8. Masukkan Kertas Undi dalam Peti Undi yang betul

9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit

10. Segera tinggalkan Tempat Mengundi setelah selesai mengundi

 

- Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda diceluk ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya

- Semua proses pengundian dijalankan dalam kehadiran Ejen Tempat Mengundi yang bertugas

No comments:

Post a Comment