Sunday 9 October 2022

KELEKAK DITUMBUHI PELBAGAI POKOK BERMANFAAT

 
Perkataan ‘kelekak’ bukan asal atau tidak digunakan sebagai perkataan Melayu di Malaysia. Jadi, tidak terdapat masukan perkataan kelekak dalam Kamus Dewan. 
 
Perkataan kelekak digunakan di Indonesia, terutama di kalangan penduduk di Pulau Bangka Belitung. Kelekak bermaksud sebidang tanah yang ditanami secara sengaja atau tidak sengaja oleh orang zaman dahulu dengan pelbagai pohon berbuah dan tidak berbuah yang memberi manfaat kepada manusia dan hidupan lain. 
 
Di Malaysia sekarang ini terdapat kumpulan individu yang cuba mengamalkan kelekak dengan cara mendapatkan manfaat dari sumber alam yang meliputi hasil dari pokok, rempah, herba dan sebagainya. 
 
Mereka menggalakkan agar rakyat negara kita lebih memberi tumpuan menanam pokok atau tumbuhan asal tanah Nusantara yang berumbisi seperti temu pauh, cekur, kucai dan sebagainya yang boleh dibuat sayur dan ulam. Boleh ditanam di dalam pasu jika tiada tanah. 
 
Bukan hanya sangat mudah ditanam, mudah hidup tanpa perlu penjagaan rapi tetapi membantu menyuburkan tanah, mengimbangi ekosistem, membekalkan nutrisi dan mempunyai nilai perubatan tinggi. Sayur kita dahulu sebenarnya bukan sawi, kobis dan tomato. 
 
Kumpulan ini bertekad mengembalikan kegemilangan khazanah dan pemakanan Nusantara yang hampir dilupakan. 
 

 

No comments:

Post a Comment