Rejimen 508 Askar Wataniah (Rej 508 AW) menjadi
tonggak menjayakan Program Motivasi Pendidikan yang berlangsung di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sungai Lui Barat, Jempol pada 28 Sep 2022.
Program yang memfokuskan peningkatan kesedaran dalam
kalangan komuniti masyarakat berkaitan tanggungjawab bersama dalam
mempertahankan negara.
Antara
aktiviti yang dilakukan dalam program ini adalah seperti ceramah motivasi dan
penyampaian sumbangan peralatan pembelajaran kepada 160 pelajar sekolah yang
terpilih daripada 17 buah sekolah menengah di sekitar Daerah Jempol.
Selain itu,
pameran ketenteraan oleh Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD),
promosi kerjaya Askar Wataniah oleh Rej 508 (AW) dan ceramah kerjaya oleh Lt
Kol Zazali Makding dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) turut
diadakan.
Program
sehari itu berjaya membina hubungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan
masyarakat setempat, khususnya golongan pelajar dan remaja yang disasarkan untuk
menyertai ATM sama ada sebagai anggota tetap mahupun sukarela dalam Pasukan
Simpanan Tentera Darat.
Ia juga diharap
dapat menyemai perasaan cintakan negara dan mengetahui serba sedikit mengenai
peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment