Saturday 10 September 2022

Program Komuniti Sihat Hidup Bahagia Pulau Kundor

  
Komuniti sihat amat penting untuk melahirkan hidup bahagia, cergas dan cerdas. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, Komuniti Pulau Kundor, mukim Badang, Kota Bharu menganjurkan Program Komuniti Sihat Hidup Bahagia Komuniti Pulau Kundor. 
 
Program yang berlangsung dari pagi sehingga malam itu melihatkan seluruh komuniti Kampung Pulau Kundor sebagai sokongan kepada usaha untuk mencapai matlamat tersebut. 
 
Penyertaan penduduk itu sendiri telah menzahirkan hidup yang sihat dan bahagia. Tanpa kesihatan yang baik sudah tentu mereka tidak mampu untuk menyertai program tersebut. Begitu juga dengan kebahagiaan yang terserlah apabila mereka sama-sama ceria dan bersemangat untuk menjayakannya. 
 
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, penerangan penjagaan kesihatan, sukaneka, program kerohanian, persembahan silat, BBQ dan beberapa aktiviti lain.

No comments:

Post a Comment