Amalan berkasih sayang dalam kehidupan seharian adalah kemestian, selain bantu membantu, bekerjasama, tumpang bersyukur meraikan kegembiraan dan bersimpati dengan kesedihan, memberi senyuman serta bertegur sapa sesama kenalan. Semua ini adalah amalan seharian yang semestinya perlu dihayati demi kebaikan bersama.
Kepentingan masyarakat penyayang kepada
masyarakat kita hari ini diharapkan. Hal ini berjaya dicapai apabila masing-masing
rakyat membuka minda menjadikan situasi ini terjadi dan diharapkan itu
berkekalan.
Pembentukan masyarakat yang penyayang akan
memantapkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Masyarakat penyayang menggambarkan rakyat Malaysia yang hidup dengan
berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain.
Mereka saling membantu kerana ikatan dan
jalinan kasih sayang sentiasa mekar dalam sanubari mereka. Apabila ada rakan-rakan
atau saudara-mara mendapat musibah, kita akan memberikan bantuan sewajarnya dan
berkongsi suka duka dengan mereka kerana masing-masing mengamalkan sikap cubit
paha kanan, paha kiri terasa juga.
Untuk melahirkan masyarakat penyayang yang
mengamalkan konsep kehidupan harmoni dan sejahtera, perasaan kasih sayang mesti
disuburkan setiap jiwa rakyat.
Melalui masyarakat penyayang, kita akan
lebih bersikap prihatin dan rasional mengenai apa sahaja yang berlaku di
sekeliling kita, mahupun di luar negara.
Masyarakat madani saling membantu dan hidup
dalam keadaan berkasih sayang. Tiada yang terpinggir dalam menikmati kehidupan
yang lebih baik.
Anda boleh bersama-sama membantu mereka
yang memerlukan bantuan melalui Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK).
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan
melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah
pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment