Saturday 7 January 2023

RESTORAN NASI ULAM CIKGU TAMAN ORKID

 
Restoran Nasi Ulam Cikgu amat popular di Kelantan. Hidangan tradisi berasaskan ulam, gulai kampung, singgag, ikan air tawar dan budu menjadi identiti restoran yang bukan sahaja diminati penduduk Kelantan, bahkan di kalangan pelancong.
 
Lokasi tumpuan Restoran Nasi Ulam Cikgu ialah di Kampung Kraf Tangan berhampiran Istana Balai Besar.
 
Satu lagi lokasi Restoran Nasi Ulam Cikgu ialah di Taman Orkid, Jalan Padang Tembak, Kampung Beris Lanjut.
 
Di cawangan ini menyediakan menu hidangan yang sama dengan di Kampung Kraf Tangan.
 
Tempat yang cantik dan selesa. Ada tempat letak kenderaan yang luas.
 
Hendak ke sana tidak sukar. Dapatkan arah daripada internet.

No comments:

Post a Comment