Hati merupakan organ dalaman terbesar yang
terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang
pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksik dari dalam darah
tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisme lemak,
protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang
diperlukan oleh badan.
Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi
memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum.
Amalan gaya hidup sihat adalah digalakkan
bagi mengelakkan dari mendapat penyakit ini. Dengan pengamalan gaya hidup
sihat,dapat mengawal perkembangan penyakit ini supaya tidak menjadi lebih
serius atau kronik.
Di antara amalan gaya hidup sihat tersebut
adalah :
- Banyakkan berpuasa atau lakukan Diet Intermittent Fasting.
- Elakkan pengambilan karbo berproses beras putih (ganti dengan beras perang atau beras rebus), gula putih dan makanan dari sumber tepung putih seperti roti, kuih dan biskut sekurang-kurangnya empat bulan.
- Elakkan makanan berproses, minuman bergas, makanan yang ada margarine.

- Elak makanan bergoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali.
- Banyakkan sayur dan buah dalam makanan
- Dapatkan minyak atau lemak sihat seperti minyak zaitun extra virgin.
- Banyakkan sayur dan buah dalam makanan
- Dapatkan minyak atau lemak sihat seperti minyak zaitun extra virgin.
No comments:
Post a Comment