Saturday, 25 March 2023

PASAR TOK GURU CABANG TIGA PENGKALAN CHEPA

 
Dahulu dikenali Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa. Namun selepas bangunan baharu dibina di tapak yang sama, namanya kini ditukar menjadi Pasar Tok Guru, Cabang Tiga Pengkalan Chepa.
 
Bangunan dua tingkat itu menjadi mercu tanda baharu di Cabang Tiga Pengkalan Chepa setelah siap dibina dan beroperasi sejak 01 September 2018.
 
Pasar tersebut dikenali Pasar Tok Guru sesuai dengan kedudukannya di Jalan Tok Guru yang dahulunya dikenali Jalan Pengkalan Chepa.
 
Pasar Tok Guru menjadi lokasi peniaga menjual keperluan harian seperti sayur, ikan, daging dan bahan kering lain.
 
Urus niaga di pasar tersebut selesa dan memberi peluang yang lebih luas kepada peniaga. Selain itu, pembeli juga mendapat keselesaan membeli belah di situ.

No comments:

Post a Comment