Kalau hendak jawab mesti ikut soalan. Jika tidak
ikut soalan maka itu dikatakan gagal biarpun jawapan itu lengkap dengan fakta
dan hujah-hujah peringkat tertinggi. Kalau sudah gagal, jangan salahkan orang
lain pula.
Salah satu pesan guru kepada murid-murid
ialah baca betul-betul soalan, dan kemudian baharu jawab.
Jawab ikut apa kehendak soalan dan markah
yang akan diberikan untuk soalan tersebut. Kalau markahnya sekadar satu atau
dua markah sahaja, jangan pula jawab sampai dua tiga muka surat.
Silap baca soalan memang perkara biasa.
Tetapi kalau salahkan orang lain kerana dia jawab salah, itu namanya ego. Tidak
mahu menyelidik tentang kesalahan diri sendiri, sebaliknya orang lain
dipersalahkan.
Petua hendak mengelak salah memberi jawaban,
pastikan ketika menjawab itu diri dalam keadaan tenang. Jangan ada prejudis
kepada orang yang menanyakan soalan.
Semoga tenang dalam memberi jawaban dan
menerima jawaban.
Gambar hiasan - Pulau Timba Timba, Semporna, Sabah
No comments:
Post a Comment