Dalam video tular di media sosial tentang
perkongsian seorang jemaah umrah yang dapat melihat pintu Kaabah dibuka pada selepas
subuh 2 Ogos 2023 berasa bertuah dan terharu dapat menyaksikan peristiwa
tersebut.
Dalam video tersebut dapat dilihat orang
yang melakukan tawaf ketika itu terhenti dan masing-masing berhenti di sudut
pintu Kaabah untuk menyaksikan sendiri pintu Kaabah dibuka.
Jemaah yang membawa telefon bimbit
masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merakam detik yang dianggap
peluang jarang-jarang dapat dilihat.
Ketika pintu Kaabah dibuka, terdengan
laungan “Allahu Akbar” dan esakan menangis syukur dapat melihat pintu Kaabah
dibuka.
Itu kisah dapat melihat pintu Kaabah dibuka
sudah dianggap rahmat yang besar. Mereka dianggap insan terpilih dapat
melihatnya. Tentu sekali dirasakan amat bertuah dan insan terpilih jika dapat
memasuki Kaabah.
Antara insan yang terpilih memasuki Kaabah
ialah Datuk Seri Najib Razak pada 11 Jan 2018 ketika beliau menunaikan umrah di
Makkah. Sehari sebelum itu belaiu diberi kebenaran memasuki kawasan makam
Rasulullah SAW di Madinah.
No comments:
Post a Comment