Friday 26 January 2024

GERTAK WAK YAM ADA PENUNGGU

 
Gertak Wak Yam adalah salah satu jambatan landasan kereta api di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Gertak adalah istilah dalam dialek Kelantan yang bermaksud jambatan.
 
Gertak landasan kereta api dibina di kawasan ada sungai atau lembah tanpa kawasan itu perlu ditambah. Jadi, ia tidak akan menyekat laluan air.
 
Selain itu, gertak landasan kereta api biasanya akan dijadikan laluan atau jalan kepada penduduk untuk melintasi landasan kereta api melalui bawah. Kenderaan yang boleh melalui bawah jambatan kereta api dihadkan kepada ketinggian tertentu sahaja. Ia di kalangan penduduk kampung.  
 
Gertak Wak Yam ini dibina pada tahun 1905, iaitu ketika awal pembinaan landasan kereta api dari Tumpat ke Pasir Mas. Jadi, ia telah dimanfaatkan oleh penduduk kampung sejak lebih 100 tahun lalu.
 
Pada masa dahulu, kawasan Gertak Wak Yam dikaitkan dengan penunggu. Sesiapa yang melalui bawah jambatan itu akan diganggu oleh penunggu, terutama orang luar kawasan.
 
Kisah penunggu atau hantu bukan sahaja dikaitkan dengan Gertak Wak Yam. Di sebelah gertak ini ada satu jalan namanya Jalan Mak Lenggang. Nama Mak Lenggang adalah diambil daripada gelaran diberikan penduduk kampung kepada seekor jin.
 
Jin ini selalu menyamar menjadi wanita tua dan jalan melenggang lenggang keliling kampung. Bila orang kampung nak keluar pada waktu malam perlu berkarak (daripada daun kelapa yang diikat rapat atau sumber lain yang menyala) untuk menyuluh jalan dan kerap terserempak dengan wanita yang melenggang lenggang.
 
Kawasan laluan atau tempat yang biasa penduduk kampung melihat jin itu dikenali dengan nama Jalan Mak Lenggang dan masih kekal namanya sehingga sekarang.
 
Kredit Sakri Jusoh

No comments:

Post a Comment