Sunday 4 August 2024

FELDA PERASU LUBUK MEMANCING

 
Masuk ke Felda Perasu melalui RKT Renok Baru, sebelum tiba pusat “pentabiran”, anda akan melihat replika ikan ini di sebelah kanan. Memang cantik replika tersebut dan warnanya masih terang kerana baru siap dicat.
 
Pun begitu, kerana belum siap sepenuhnya, tidak ada tulisan atau papan tanda “menceritakan” mengenai replika tersebut.
 
Ada kemungkinan replika itu “memberitahu” bahaya kawasan Felda Perasu adalah lubuk memancing. Memang di kawasan tersebut ada sungai mengalir dan kebiasannya sungai di kawasan pedalaman masih banyak terdapat pelbagai jenis ikan hidup yang sedia untuk dipancing.
 
Apapun, diharapkan akan ada maklumat lebih tepat mengenai kewujudan replika tersebut.

No comments:

Post a Comment