Tuesday, 8 April 2025

SANTUNI KETUA WANITA CAWANGAN

 
Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu menyantuni ketua-ketua Wanita Cawangan melalui beberapa siri pertamuan hati ke hati.
 
Pemangku ketuanya, Wan Salmian Wan Ab Ghani, berkata pertemuan tersebut bagi mengenali lebih rapat ketua-ketua Wanita Cawangan agar hubungan erat akan terjalin bagi memastikan agenda parti dapat dilaksanakan dengan pencapaian maksimun.
 
Menurutnya, pemimpin di peringkat cawangan merupakan sari pati kepada kekuatan parti. Tanpa meraka, aktiviti parti tidak dapat dijalan dengan sempurna.
 
"Saya perlu mengenali mereka dengan lebih rapat, dan pada masa mereka juga dapat memahami inspirasi dan harapan pemimpin dalam melaksanakan gerak kerja untuk memperkasakan parti", katanya.
 
Tambahnya lagi, pertemuan itu diharapkan dapat merungkai kekeliruan yang timbul disebabkan peralihan kuasa kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu, apabila dia mengambil alih sebagai pemangku ketua disebabkan peletakkan jawatan ketua oleh Khazuni bin Othman pada Jan 2025. 

No comments:

Post a Comment